Pelakon, pengacara dan penerbit popular, Datuk Rosyam Nor berharap agar semua filem lakonannya bersifat 'timeless' dan kekal ditayangkan sepanjang zaman.

Menurut Rosyam, harapannya itu adalah untuk tujuan kebaikan, kerana dia menganggap ia sebagai satu proses penyampaian dakwah menerusi filem memandangkan setiap filem mempunyai pengajaran.

"Harapan saya adalah setiap filem lakonan saya bersifat 'timeless' atau kekal ditayangkan sepanjang zaman.

"Saya mahu filem lakonan saya ditayangkan sehingga saya tiada nanti seperti mana kita masih menyaksikan karya Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

"Sebenarnya, ia adalah untuk tujuan kebaikan kerana saya menganggap ia sebagai satu dakwah menerusi filem, biar penonton mengambil pengajaran dari setiap filem itu," katanya kepada Gempak.

Dalam perkembangan lain, filem terbaru lakonan Rosyam iatu Misteri Dilaila kini sedang ditayangkan di pawagam bermula semalam.

Misteri Dilalila menampilkan Zul Ariffin, Elizabeth Tan dan Sasqia Dahari sebagai watak utama sementara Rosyam memegang watak sebagai seorang polis yang bernama Inspektor Azman.