Pelakon Sheila Mambo akui sedang berusaha untuk menyesuaikan diri menjalani kehidupan tanpa emaknya, Allahyarhamah Aishah Nyak Adam yang meninggal dunia pada awal Februari lalu.

Menerusi beberapa entri terbaru akaun Instagram (IG)nya jelas menunjukkan hari-hari yang berlalu tanpa kehadiran emak tersayang ternyata amat sukar bagi Sheila.

Sheila yang berkongsi luahan rasa rindu terhadap emaknya itu memohon diberi kekuatan untuk menjalani kehidupan harian.

"Waktu yang sama, 5.15 petang 14 hari yang sudah, mak pergi menemui Allah dalam usia mak yang akhir 79. Sehingga harini orang tak boleh hindari perasaan yang susah hendak di luahkan ini.

"Hari-hari teringatkan mak tercelik mata, terjaga tengah malam terus orang doakan untuk mak. 16hb yang sudah orang mimpi mak semasa diset shooting, orang pergi seawal 6 pagi ke Kuala Selangor dan orang tidur jap, terasa sejuk jer disebelah masa tengah tidur rupanya mak, sejuk jasad mak. Orang sapa mak, mak bangun wuduk dan solat dhuha mungkun.

"Orang tengok mak baring semula. Orang tanya mak kalau mak bosan dekat set shooting, orang call atan datang amik, mak hanya gelengkan kepala dan mak tidur balik.

"Kemudian orang terjaga bila ada yang kejutkan suruh tukar baju untuk shoot. Allahuakbar. Hilang sekejap rindu. Ecah yang susah nak terangkan tentang mak takda. Dia masih mengharap 'tok bangun'.

Waktu yg sama, 5.15 ptg 14 hari yg sdh mak pergi menemui Allah dalam usia mak yg akhir 79. Sehingga harini org tak blh hindari perasaan yg ssh hendak di luahkan ini. Hari2 teringatkn mak tercelik mata, terjaga tgh malam terus org doakan utk mak. 16hb yg sdh org mimipi mak semasa diset shooting, org g seawal 6pg ke k.selangor dan org tidur jap ,terasa sejuk jer disebelah masa tgh tidor rupanya mak, sejuk jasad mak. Org sapa mak, mak bgn wuduk dn solat dhuha mgkn.. Org tgk mak baring semula.. Org tanya mak kalau mak bosan dekat set shooting ,org call atan dtg amik, mak hanya gelengkan kepala dn mak tidur balik. Kemudia org terjaga bila ada yg kejutkan suruh tukar baju utk shoot. Allahuakbar.. Hilang sekejap rindu. Ecah yg ssh nk terangkan ttng mak takde. Dia msh mengharap 'tok bangun'. Dia byk berontak kata "tok tipu, tok janji nk sihat nk g jalan2 dgn ecah!!! " sambil berkata 'takmo kawan dgn tok! " itu lah kata2 ecah di kubur mak. Dia ajak kami g karoke nak nyanyi kuat2 supaya tok blh bgn. Dan dia ajak org g kat mak kalau blh hari2. Selang 2-3 hari dia akn ajak. Katanya 'mami jom g kat tok...! " emak.. Mak baik dgn ecah.. Asbab anak syurga ni moga emak sentiasa dlm rahmat Allah. ?Rabbighfirli waliwalidayya warhamhuma kama rabbayani shaghiran-? Allâhumma innî as’aluka bi annî asyhadu annaka antallâhu, lâ ilâha illâ antal ahadus shamad, alladzî lam yalid wa lam yûlad, wa lam yakullahû kufuwan ahad.....aamiin

A post shared by sheila mambo/ sheila hassan (@sheilahassan) on


"Dia banyak berontak kata 'tok tipu, tok janji nak sihat nak pergi jalan-jalam dengan ecah!' sambil berkata 'takmo kawan dengan tok! itulah kata-kata ecah di kubur mak.

"Dia ajak kami pergi karoke nak nyanyi kuat-kuat supaya tok boleh bangun dan dia ajak orang pergi kat mak kalau boleh hari-hari," tulisnya.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata peminatnya memberikan kata-kata semangat buat Sheila sekeluarga.