Pengacara dan penyampai radio, Muaz Mohamed selamat menimang cahaya mata kedua pada 19 Februari lalu.

Isterinya Ediana Aziz selamat melahirkan bayi lelaki secara normal pada jam 8.35 malam.

Muaz melahirkan rasa syukur di atas kurniaan tersebut.

“Salam Semua, Cinta Hati saya, Selamat Melahirkan anak lelaki Secara Normal pada pukul 8.35 minit malam, Selasa 19.2.19 dengan berat 3.36kg.

“Alhamdulillah terima kasih atas segala doa…Emirza Dah jadi Abg Long,” tulisnya.

Muaz berkongsi berita gembira tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri yang sama Muaz memuat naik fotonya bersama anak pertamanya Emirza sambil memangku bayi keduanya.

Rata-rata mengucapkan tahniah dan mendoakan agar bayi dan isterinya terus diberikan kesihatan yang baik.

Salam Semua, Cinta Hati saya, Selamat Melahirkan anak lelaki Secara Normal pada pukul 8.35 minit malam, Selasa 19.2.19 dengan berat 3.36kg, alhamdulillah terima kasih atas segala doa ? Emirza Dah jadi Abg Long ? #fatherson #babyEM #emirzamukhriz #newborn #babyboy #19219 #love #syukur

A post shared by MuazMohamed (@heymuazkoolfm) on