Pelakon Wan Sharmila atau mesra dengan panggilan Lala akui sengaja memuat naik foto dirinya bertudung menerusi sebuah entri di Instagram (IG) miliknya baru-baru ini.

Menurut Lala dengan berbuat demikian, dia mengharapkan berkat doa dari peminat akan termakbul suatu hari nanti.

"Sebenarnya saya sengaja memuat naik foto mengenakan tudung, mana tahu suatu hari nanti akan termakbul.

"Saya memang menyimpan hasrat untuk berhijab.

"Saya tidak ingin berfikiran negatif namun saya perlu menyiapkan diri sebelum membuat keputusan itu.

"InshaAllah doakan yang baik-baik untuk saya," katanya kepada Gempak.

Lala ditemui di rancangan Bawang Live di Astro Bukit Jalil, baru-baru ini.

Tambah Lala atau nama sebenarnya Wan Sharmila Wan Mohamed akui selesa memegang watak yang memerlukan dirinya bertudung.

"Saya suka melakonkan watak yang memerlukan berhijab kerana saya berasa selesa dan seronok," katanya lagi.

Kini, Lala sedang aktif dalam lakonan drama bersiri Senafas Rindu.

Selain Lala, drama bersiri Senafas Rindu dibintangi oleh Syafiq Kyle, Elizabeth Tan, Sharul Kamal, Alya Iman Azmil, Josiah Lim dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan Senafas Rindu setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).