Pelakon, Farah Nabilah akan mengambil kelas vokal sebagai persiapan untuk mini showcase amal, Farah Nabila & Friends.

“Memang gementar sebab saya tak pernah menyanyi. InshaAllah saya akan menyampaikan dua buah lagu pada malam itu.

“Sebagai persiapan, saya akan mengambil kelas vokal nanti. Saya buat ini sebagai suka-suka bukan lah dengan niat nak jadi penyanyi pun.

“Lagipun program amal ini bertujuan mengumpul dana sebanyak RM50,000 untuk membantu kemiskinan di kawasan PPR Lembah Klang dan juga persekolahan di Tanjung Lesung, Indonesia yang pernah dilanda Tsunami tahun lalu.

“Jadi saya rasa tak salah sekiranya kita tampil membuat kelainan sedikit untuk acara amal seperti ini,” jelasnya.

Antara artis yang bakal membuat persembahan bersama Farah adalah Ismail Izzani, Aliff Aziz dan kumpulan The Mirza.

Farah bakal menyampaikan lagu daripada kumpulan Seventeen dan Lady Gaga.

Mini Showcase... In Love with Farah Nabilah and Friends yang merupakan program amal Pertubuhan Kemanusiaan Asia Africa Development Relief Faundation (ADRF) itu bakal berlangsung pada 28 April depan bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

Foto: Intagram @farahnabilahofficial