Pelakon Fouziah Gous akui dia kini perlu memilih karya yang dia mahukan sebelum menerima sebarang tawaran lakonan.

Menurut Fouziah, sebagai pelakon yang dalam masa yang sama menjalankan perniagaan, dia mempunyai masa yang terhad.

Jadi menurutnya dalam laporan Hlive, karya yang dipilih haruslah sesuatu naskah yang berharga untuk diterimanya.

“Buat masa sekrang saya banyak memberi tumpuan kepada perniagaan yang saya jalankan.

“Saya masih dalam industri seperti akan datang saya akan mengacarakan satu program khas.

“Tidak banyak bahagian saya dalam industry seni ini kerana saya perlu bahagikan masa dengan keluarga dan perniagaan.

“Bukan tak mahu berlakon, tapi saya perlu memilih tawaran lakonan kerana bila berlakon saya perlu menghasbikan banyak masa. Jadi saya perlu memilih naskah yang berbaloi untuk saya terima.

“Saya tidak mahu masa saya dengan anak-anak tidak menentu kelak dan dalam masa yang sama saya juga perlu jaga kualiti sebagai pelakon,” katanya.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).