Ahli kumpulan UNIC, Wan Najdi Wan Mohd Noh bersyukur apabila mendapat tahu isterinya, Norazreen Rahim kini disahkan hamil anak ketiga mereka.

Najdi berkata berita gembira itu dianggap rezeki yang amat bermakna kerana ia hadir selepas mereka mengerjakan umrah pada penghujung tahun lalu.

“Alhamdulilah, usia kandungan anak ketiga kami sudah 13 minggu.

“Saya boleh katakan ia rezeki yang bermakna buat kami suami isteri kerana ia wujud selepas kami pulang mengerjakan umrah," katanya kepada Gempak

Meskipun anak keduanya kini masih kecil iaitu baru sahaja berusia tujuh bulan, namun Najdi menerima berita tersebut dengan hati yang terbuka.

“Jika hendak diikutkan memang kami mahu rehat sebentar kerana anak kedua pun masih kecil tapi inilah dikatakan rezeki Allah.

“Malah ada yang kata ia terlalu awal tapi saya terima berita ini dengan hati yang sangat lapang,”katanya lagi.

Najdi dan Norazreen mendirikan rumah tangga pada 29 Januari 2016.

Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Maisarah, 2, dan Wan Musthafa berusia tujuh bulan.

Alhamdulillah.... @norazreenrahim

A post shared by @ najdiunic on