Bekas bintang Akademi Fantasia (AF2015), Sharul Kamal mendedahkan nyanyian adalah pilihan utama dalam industri seni ini.

Walau bagaimanapun, Sharul tidak menolak sekiranya tawaran berlakon ataupun mengacara ditawarkan kepadanya.

"Dah empat tahun saya berada dalam industri seni.

"Pengikut yang sudah lama mengikuti mesti tahu betapa serius saya berada dalam industri seni ini.

"Sebenarnya saya ingin menjadi seorang penyanyi tetapi bukan lah menolak tawaran untuk berlakon ataupun mengacara.

"Saya mencuba pelbagai bidang untuk mengukuhkan serta menaikkan nama memandangkan industri seni ini luas," katanya kepada Gempak.

Sharul ditemui di rancangan Bawang Live di Astro Bukit Jalil, baru-baru ini.

Tambah Sharul atau nama sebenarnya Muhammad Sharul Amin Kamarozaman berkata dia akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada nyanyian sekiranya rezeki ke arah itu.

"Kalau betul-betul rezeki mencurah ke arah nyanyian, saya akan memberi fokus sepenuhnya.

"Ketika itu saya akan lebih memilih dari segi skrip untuk tawaran berlakon," katanya lagi.

Kini, Sharul sedang aktif dalam lakonan drama bersiri Senafas Rindu.

Selain Sharul, drama bersiri Senafas Rindu dibintangi oleh Syafiq Kyle, Elizabeth Tan, Wan Sharmila, Alya Iman Azmil, Josiah Lim dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan Senafas Rindu setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).