Penyanyi Sissy Imann mengakui impak single terbaru, Pesanan Ayahanda membuatkan bapanya, Mohammad Kamil Moustaffa semakin dikenali.

"Sebenarnya, orang lebih cam ayah saya berbanding diri saya sendiri. Dia lebih banyak ditemu ramah berbanding saya.

"Ada satu program 'morning talk show' yang turut menjemput ayah saya untuk sama-sama menyertai sesi temu bual," kata Sissy.

Dedah bintang Big Stage ini menerusi program HLive, lagu tersebut juga membuatkan ayahnya gembira.

"Bila dia gembira, saya yang melihatnya pun turut sama gembira. Alhamdulillah. Sekarang, jika saya buat sesi 'live' di laman sosial, peminat mesti bertanya pasal ayah dan mahu melihat ayah.

"Dari segi positif, ia merapatkan hubungan saya dengan ayah. Saya berharap lagu ini akan mendapat sambutan yang lebih positif lagi," katanya.

Dalam perkembangan lain, Sissy sedang berada di Janda Baik, Pahang untuk menjalani penggambaran program realiti The House musim terbaru bersama Sarah Suhairi dan Wani Kayrie.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).