Personaliti dan sosialit popular Hollywood, Khloe Kardashian telah berpisah dengan pasangannya Tristan Thompson.

Menurut sumber, kali ini, Tristan telah menjalinkan hubungan bersama Jordyn Woods yang merupakan teman rapat kepada adik iparnya, Kylie Jenner.

Tristan telah menyambut hari kekasih bersama Khloe baru-baru ini, namun beberapa hari selepas itu, dia dilaporkan berjumpa Jordyn secara rahsia.

Sebelum ini, Khloe telah berhadapan masalah yang sama memandangkan Tristan telah kerap berlaku curang kepadanya namun dia cuba memaafkan Tristan.

Tristan merupakan seorang pemain bola keranjang yang berasal dari Kanada, hubungannya bersama bintang Keeping Up With The Kardashians itu bermula pada tahun 2016 dan kini telah sampai ke titik noktah.

Sumber : hollywoodlife.com