Pelakon Ieda Moin berkongsi sebuah video menunjukkan dia disakat oleh Didie Alias ketika mahu keluar dari sebuah bilik persiapan.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

Dalam video itu, Didie memakai kostum berunsur jenaka dan menunggu Ieda di luar bilik persiapan dan menggertak Ieda.

Ieda yang terkejut melihat Didie berbuat demikian melatah dan gelagatnya itu mengundang perhatian netizen.

"Adui sakit perutku.

"So funny.

"Sampai merah muka gelak," tulis netizen.

Kejadian before start ??‍♀️

A post shared by Ieda Moin Official (@iedamoin79) on


Difahamkan, video itu dirakam ketika sebelum bermulanya program Arena Panggang malam tadi.

Arena Panggang bersiaran setiap Selasa jam 10 malam di Astro Warna (132) dan Warna HD (124).