Pelakon, Ozlynn mendedahkan perangai anak keempatnya, Chantiq, 4, yang kini gemar merakamkan gambarnya sendiri.

Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya baru-baru ini.

Entri tersebut juga turut disertakan dengan beberapa foto yang dirakamkan oleh Chantiq sendiri.

“Aku kadang betul menyirap dengan dak Chantiq nih… Makin besor makin bertuah perangai dia. Tah bila dia dok amik gambar.

“Tak kisah fasal gambar cuma sepenuh alam dan bila aku kaji semua gambar, lepas gambar pertama aku nak pergi dapur suruh la dia tengokkan adik dia.

“And suruh main sama, aku cakap kejap je sebab dia minta susu. Belakang dia boleh ambil gambar dia fefeeling dan ambil gambar adik dia jilat kaki kerusi.

“Tu tak apa lagi, dia boleh tinggalkan adik dia and masuk bilik game ambil gambar dengan papa dia feeling sesama… Korang rasa?

“Aiyok aku baru perasan gambar nih baru sat nih rupanya dia dengar aku nak ke depan dia berlari konon-konon nak jaga adik.

“Nasib la bibik dah ada dekat depan, tu yang baby pun tak mau layan dia bergambar #chantiqanakbertuah,” tulisnya.

Aku kdg betul menyirap dgn dak chantiq nih.. makin besor makin bertuah perangai dia.. tah bila dia dok amik gambar.. x kisah psl gambar.. cuma sepenuh alam.. n bila aku kaji sume gambar.. lepas gambar pertama aku nak g dapur suh la dia tgkkan adik dia.. n suh main sama.. aku ckp kejap jek.. sb dia mintak susu.. blkg dia boleh amik gmbr dia fefeeling.. n amik gambar adik dia jilat kaki kerusi?.. tu xpe lagik.. dia boleh tinggalkan adik dia n masok bilik game amik ambar dgn papa dia.. feeling sesama.. korg rasa??? Aiyokkk aku baru perasan gmbr nih baru sat nih.. rupanya dia dgr aku nak ke depan dia berlari konon2 nak jaga adik.. nasib la bibik dh ada kt depan.. tu yg baby pon xmo layan dia bergambar? #chantiqanakbertuah

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut terhibur dengan gelagat Chantiq.

Terdahulu, Johan dan Ozlynn berkahwin pada 25 Julai 2009 dan dikurniakan lima orang cahaya mata Ariq, 14, Sodiq, 9, Haziq, 6, dan Chantiq, 4, dan Moleiq yang kini berusia lapan bulan.

Foto: Instagram @jozlynnhanania