Peminat mula berspekulasi pelakon Fatin Afeefa dan Nazim Othman kini sedang hangat menjalin hubungan cinta.

Menerusi kemas kini Instagram (IG), Afeefa dan Nazim berkongsi foto mereka bersama di laman sosial masing-masing.

Lebih mengukuhkan dakwaan hubungan mesra mereka apabila mereka kelihatan 'tag' nama antara satu sama lain di bahagian hati.

Afeefa turut meninggalkan komen di foto tersebut.

"Thank you for the ice cream," tulisnya.



Rata-rata bersetuju jika Afeefa dan Nazim menjalinkan hubungan cinta memandangkan mereka berdua masih solo.

Terdahulu, Fatin pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Adam Shahz pada tahun 2013 namun hubungan mereka menemui titik noktah pada tahun 2017.

Nazim juga pernah berkahwin dengan pelakon, Bella Dally pada 10 September 2016 dan memutuskan untuk bercerai pada 17 Mei 2018.

A post shared by Khaleesi (@fatinafeefa) on

Jenjalan nak gi makan ice cream jap

A post shared by nazimothman (@nazimothman) on