Fenomena El Nino iaitu keadaan cuaca panas melampau kini semakin berlarutan dan negara tidak terlepas mengalami bahang kepanasan itu.

Cuaca panas yang luar biasa ini telah menyebabkan kita tidak lari untuk mengambil minuman berais bagi melegakan tekak serta suhu badan yang tinggi.

Namun pengambilan ais yang berlebihan boleh memberi kesan serta bahaya ke atas tubuh badan anda.

Berikut merupakan empat sebab mengapa pengambilan ais boleh menjejaskan sistem tubuh anda:

1. Menggangu Sistem Pencernaan
Mengikut kajian, minuman berais atau air yang sejuk boleh mengganggu proses pencernaan kerana ia menyebabkan saluran darah mengecut. Malah ia juga boleh melambatkan proses pencernaan apabila makanan tidak dapat dihadam dengan betul. Oleh itu nutrien tidak dapat diserap oleh badan.

2. Merendahkan Kadar Degupan Jantung
Tanpa anda sedari, minum ais boleh mengurangkan kadar jantung anda. Kajian telah menunjukkan bahawa minuman berais merangsang saraf vagus . Saraf vagus adalah adalah satu bahagian penting dalam sistem saraf badan yang mengawal tindakan luar kawal badan. Saraf vagus pengantara yang menurunkan kadar degupan jantung dan suhu rendah ais itu menyebabkan kadar degupan jantung jatuh ke tahap yang agak membahayakan.

3. Mengurangkan Nutrien Dalam Badan
Suhu badan normal adalah 37 darjah selsius, namun apabila anda minum ais iaitu pada suhu yang sangat rendah, badan anda perlu menghabiskan tenaga untuk mengawal suhu. Ini mengakibatkan anda kekurangan tenaga untuk mencerna makanan dan menyerap nutrien.

4. Mengakibatkan Jangkitan Dalam Kerongkong
Minum air sejuk boleh menyebabkan pengeluaran lendir atau kahak yang membentuk satu lapisan di saluran pernafasan. Apabila lapisan ini menebal, saluran pernafasan terdedah dan memudahkan pelbagai jangkitan. Jangkitan itu memberi peluang untuk tekak anda mengalami keradangan.

Sumber: TheHealthSite

Olahan oleh: Syafiqah Jalal