Pelakon Syatilla Melvin mengakui tidak sabar untuk menantikan kehadiran anak keduanya yang akan dilahirkan pada bulan April ini.

Menerusi entri di Instagram (IG), Syatilla berkongsi gambar terkini yang menampakkan 'baby bump'nya.

"Ya Allah tak sabaq sangat-sangat nak jumpa baby girl ibu dan bapak. 2 bulan lagi Insyaallah.

"Thank you untuk cardigan dark grey ni, senang kerja kami, grab n go ja maklumla gemok, baju payah nak cari, cardigan sangat membantu," tulisnya.

Ya allah xsabaq sgt2 nk jumpa baby girl ibu bapak??2bulan lagi insyaallah?? @zliahcom thank u utk cardigan dark grey ni,senang kerja kami,grab n go ja?maklumlaaaa gemok,baju payah nk cari??‍♀️cardigan sgt membantu!

A post shared by S Y A T I L L A M E L V I N (@samtilla) on


Rata-rata pengikutnya mengakui tidak sabar untuk menantikan kelahiran anak keduanya itu dan mendoakan segala proses bersalin akan dipermudahkan.

Selain ucapan tahniah, peminat turut mendoakan agar kesihatan Syatilla dan bayinya sentiasa sihat.

Syatilla dan suaminya, Shaheizy Sam berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Syeriv Samheizy pada 9 Mei 2017.