Penyanyi Amy Search berkongsi foto mengenang pemergian arwah datuknya, Allahyarham Haji Idris.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.

Menurut Amy, datuknya dahulu berasal dari Jawa Tengah, Indonesia dan berhijrah ke Batu Pahat untuk berkerja.

"Yang di tengah (dalam foto tersebut) itu arwah atuk saya, arwah Haji Idris, bapa kepada ibu saya.

"Asalnya dari daerah Purworejo, Jawa Tengah, merantau di daerah Batu Pahat, Johor dan berkerja sebagai penghulu Parit Lubok, Semerah di Batu Pahat.

"Di Parit Lubok saya dilahirkan, moga suatu hari nanti saya boleh bertemu dengan kerabat di sana, insya-Allah," tulisnya sebagai kapsyen.

Sementara itu, Amy turut menyedekahkan Al-Fatihah buat arwah datuknya itu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat bahawa Amy mewarisi raut wajah datuknya.

"Muka arwah atuk, cop ke muka bro.

"Atuk mirip Abang Amy.

"Ada iras-iras," tulis netizen.

Yg di tengah itu arwah atok aku arwah nya Hj Idris bapak kpd ibu ku, asal nya dri daerah Purworejo, Jawa Tengah, Merantau di daerah Batu Pahat, Johor dn bekerja dgn penghulu Parit Lubok, Semerah Batu Pahat. Di Parit Lubok lah aku di lahirkan. Moga satu hari nti aku bisa ketemu kerabat2 ku di sana. InsyaAllah Alfateha buat arwah tok Hj Idris #Indonesia #amysearch #phewiiit

A post shared by Suhaimi A Rahman (@aku.amysearch) on




Vokalis kumpulan Search ini mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 1981 dan namanya masih bertahan sehingga kini.