Mungkin sudah ramai yang tahu Tomok mendapat francais untuk membuka cawangan Chatime di Aeon Mall Shah Alam.

Semalam Tomok meletakkan satu entri di Instagramnya memberitahu dia ada di kedai tersebut.

"Selamat berhujung minggu. Saya ada di kedai. Kalau free jemput datang ya," tulis Tomok.

Ada segelintir netizen yang gembira kerana dapat bertemu dengan Tomok di cawangan Chatime miliknya namun ada juga yang memberitahu tidak berpeluang bertemu Tomok.

selamat berhujung minggu...saya ada di kedai..kalau free jemput datang ya @chatime.malaysia #inibarulahchatime

A post shared by Tomok (@tomokofficial) on


"Time kita pergi tak pernah ada pun," tulis @ceq_syra

"Nampak semalam kat Aeon. Tapi sekali pergi beli Tomok dah balik dah," tulis @erymie_amie09

"Tak pernah jumpa Tomok dekat Aeon Mall Shah Alam. Selalu beli dekat Chatime," tulis @harizhasnan.

Apa-apapun tahniah Tomok dengan cawangan Chatime di Shah Alam. Mungkin kesibukan sebagai penyanyi menyebabkan Tomok jarang dapat ke kedainya itu.

Harap peminat selalu tengok Instagram Tomok untuk tahu bila dia ada di sana dan mana tahu ada rezeki dapat berjumpa.