Pelakon cantik, Puteri Aishah berjumpa dengan dua rakan artis, Ruhainies dan Julia Farhana untuk meluahkan rasa geramnya.

Semuanya kerana dia tidak dilayan dengan baik oleh majikannya di klinik haiwan tempat dia bekerja... Alamak, Puteri dilayan macam mana tu?

Ha, jangan salah sangka, rasa geram tersebut diluahkan Puteri menerusi karakter lakonannya dalam drama mini 3 Gadis Manis musim ketiga!

Semuanya anda boleh saksikan dalam episod kedua 3 Gadis Manis musim ketiga yang boleh ditonton di laman Facebook, YouTube dan IGTV Astro Gempak bermula jam 12 tengah hari, hari ini!

Memegang watak sebagai Icha, Puteri menjayakan karakter seorang doktor haiwan yang baru berkhidmat di sebuah klinik.

Selain Puteri, 3 Gadis Manis musim ketiga turut menampilkan Julia Farhana (Sabrina) dan Ruhainies (Kirin).

3 Gadis Manis musim ketiga mengisahkan mengenai persahabatan tiga gadis yang makin rapat sejak mula tinggal serumah di ibu kota Kuala Lumpur.

Drama lapan episod ini juga mempamerkan karakter setiap tiga gadis yang saling memberi inspirasi untuk terus tabah menangani cabaran hidup serta dalam mencari cinta sejati.

Turut menjayakan drama mini ini termasuklah pelakon muda, Daler Yusuf sebagai Que serta pelakon yang sedang meningkat naik aktor Hafeez Mikail sebagai Dafi.

Bukan itu sahaja, selain daripada lapan buah episod istimewa yang boleh ditonton sekarang di www.3gadismanis.com.my, para penonton berpeluang untuk menyertai peraduan kuiz di portal rasmi bagi mengetahui perwatakan diri yang sesuai seperti dalam 3 Gadis Manis.

3 Gadis Manis turut dimeriahkan dengan kehadiran Nivea sebagai peneraju utama menerusi Rose & Argan Oil in Lotion, Cherry Blossom & Jojoba Oil in Lotion dan Vanilla & Almond Oil in Lotion.

Saksikan episod kedua 3 Gadis Manis musim ketiga yang boleh ditonton di laman Facebook, YouTube dan IGTV Astro Gempak atau saksikan keseluruhan episod di laman web www.3gadismanis.com.my!

Jangan lupa saksikan drama bersiri 3 Gadis Manis musim ketiga, flowers always bloom!