Penyanyi Misha Omar membuat laporan polis terhadap sesetengah individu yang menaburkan fitnah dan menuduh dirinya menggunakan 'mak esah' atau ilmu sihir untuk memenangi Anugerah Juara Lagu 33 (AJL 33) menerusi lagu Sampai Bila.
Lagu Sampai Bila ciptaan Sharon Paul, Ahmad Fedtri Yanya dan Shah Shamshiri meraih tempat ketiga di AJL 33 manakala Misha turut menggondol trofi Vokal Terbaik di pertandingan tersebut
Membuat laporan di Balai Polis Kota Damansara dan Balai Polis Salak Selatan, Misha memberi tempoh tujuh hari kepada beberapa individu yang menyebarkan fitnah kepada di internet.
"Saya mahu individu-individu terbabit bertemu empat mata dengan saya dan pihak peguam bagi menjelaskan fitnah yang dibuat serta membuat permohonan maaf tanpa bersyarat.
“Saya rasa bertanggungjawab untuk diri sendiri... Bayangkan, kerjaya seni saya yang dibina selama 17 tahun terjejas dek kerana kata-kata yang tidak benar.
“Jadi, saya mahu menuntut keadilan apabila sudah membuat laporan polis kerana fitnah yang dilakukan semakin menjadi-jadi. Selain itu, saya juga membuat laporan di Surahanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia.
"Saya juga mendapatkan khidmat peguam kerana fitnah yang membabitkan ilmu sihir atau khurafat memang tak boleh diterima akal," kata Misha.
Misha ditemui di sidang media tergempar di KL Eco City Mall, Pantai Dalam, Kuala Lumpur sebentar tadi.
Turut hadir bersama Misha ialah wakil peguam Abi Mursyidin Awal dan Ahmad Fuad Hasim dari Amelda Fuad Abi & Aidil.
"Kami berharap individu terbabit memadam kemas kini berunsur fitnah yang dimuat naik mereka supaya cerita palsu terbabit tidak terus tersebar luas.
"Namun, sekiranya jika mereka tidak tampil bertemu kami dalam tempoh tujuh hari, kami langsung tak teragak-agak untuk mengambil tindakan selanjutnya," kata Abi pula.
Tambah Misha, dia tidak keberatan untuk memaafkan perbuatan mereka jika individu-individu terbabit tampil bertemu dengannya dalam tempoh tujuh hari.
“Saya teringin untuk bertemu, bertentang mata dan bertanya kepada mereka, dari mana mereka tahu mengenai perkara yang mereka tulis di media sosial itu.
“Saya pelik, saya tak mengenali mereka secara peribadi, macam mana cerita ini boleh timbul? Jadi, alang-alang kita tidak kenal sesama sendiri, lebih baik kita bersemuka.
"Saya bukan nak minta ganti rugi membabitkan sebarang kos, apatah lagi saman... Cukup sekadar kita bertemu untuk meminta maaf dan saya juga akan memaafkan mereka tanpa bersyarat juga," katanya lagi.
Kamaruddin Razal
Fri Feb 15 2019
"Saya Tak Takut Dibenci Penonton Kerana Watak Jahat" - MK K-Clique
Watak Bono dalam filem Rebel : Berontak Untuk Berotak menampilkan sisi berbeza penyanyi dan pelakon MK K-Clique
1.6 Juta Peminat Banjiri Konsert Percuma Madonna, Cipta Sejarah Lebih 4 Dekad
Madonna mencetak sejarah apabila lebih satu juta penonton membanjiri tapak konsert percuma yang dilakukannya di Brazil bersempena dengan persembahan terakhir dalam The Celebration Tour.
Lagi Individu Sama Dakwa Rossa Sera Kacau Suami Orang - “Sesiapa Tinggal 'Area' Tempat Rossa Tolonglah Telefon JAIS”
Nama bekas isteri Shuk Sahar, Rossa Serra menjadi perbualan hangat baru-baru ini apabila didakwa menjadi orang ketiga sehingga merosakkan rumah tangga sepasang suami isteri.
"Syasya Akan Ikut Suami Sambung Belajar Ke Luar Negara" - Rozie Othman
Nenek kepada bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal iaitu pelakon Rozie Othman memaklumkan cucunya bakal berangkat ke luar negara bersama suaminya untuk menyambung pelajaran pada Jun nanti.
Orang Kaya India Habiskan RM102 Juta Untuk Kahwin, Mariah Carey Jadi Artis Undangan
Kisah perkahwinan megah dan mewah orang kaya India ‘kembali’ lagi.
"Saya Beruntung Ada Isteri Secantik Wawa" - Aeril Zafrel Tak Pernah Terlintas Nak Curang
Pelakon dan usahawan popular Aeril Zafrel tidak pernah terlintas untuk mencurangi isterinya Wawa Zainal
"Minta Maaf, Memaafkan Perlu Ikhlas, Jangan Sampai Memalukan Orang" - Syamsul Debat
Meminta maaf dan memaafkan tidak perlu meletakkan sebarang syarat apatah lagi sehingga mengaibkan dan menjatuhkan maruah orang lain.
Selepas Agih Ayam Secara Percuma, Geng Bertopeng Belanja Telur Sepapan Pula!
Sekumpulan individu dengan imej ‘bertopeng’ yang bertindak mengagihkan ayam secara percuma kepada orang ramai berhampiran Bukit Bintang berjaya mencuri perhatian ramai baru-baru ini.
Beza Agama, Ulama Berpendapat Pernikahan Rizky & Mahalini Bakal Tidak Sah?
Hubungan asmara penyanyi Rizky Febian dan Mahalini baru-baru ini menjadi perbualan hangat selepas salah seorang keluarga terdekat Mahalini telah berkongsi mengenai tarikh perkahwinan mereka.
Michael Ang Tak Setuju Budaya Minta Maaf Sambil Melutut - "Nak Orang Minta Maaf Tak Perlu Post Di Media Sosial"
Isu mengenai isteri kepada penyanyi rap, Caprice iaitu Farra Inalis yang meminta individu yang menghina anaknya melutut untuk meminta maaf mendapat perhatian ramai termasuk pengarah dan penerbit, Michael Ang.