Pelakon dan bekas anggota kumpulan K-Pop Wanna One, Ong Seong Wu mengesahkan bakal hadir ke Malaysia untuk bertemu peminatnya pada Mac depan.
Ini merupakan kali pertama Seong Wu hadir ke Malaysia secara solo selepas mengadakan konsert terakhir Wanna One di Malaysia tahun lalu.
Selain Malaysia, sesi bertemu peminat, ‘Ong Seong Wu First Fan Meeting in Malaysia
’ ini dianjurkan oleh agensi hiburan yang berpusat di Bangkok, Hatchery.
Sebelum ini, tiket sesi bertemu peminat di Bangkok telah habis dijual hanya dalam masa beberapa minit selepas dilancarkan.
Selain terlibat dengan Wanna One, Seong Wu juga turut dikenali menerusi program popular SBS, Law of the Jungle bersama rakan kumpulannya, Ha Soong Wun.
‘Ong Seong Wu First Fan Meeting in Malaysia’akan berlangsung pada 23 Mac depan, jam 6 petang bertempat di Axiata Arena.
Dalam pada itu, tiket-tiket untuk acara berkenaan akan mul dijual pada 16 Februari (esok) menerusi airasiaredtix.com bermula jam 10 pagi.
Tiket boleh didapati dengan harga RM280, RM380, RM480 dan RM580.
Untuk maklumat lanjut layari Facebook @hatcheryth, Twitter @Hatchery_th atau Instragram @hatchery_th.
Takdir Itu Milik Aku: Shaheizy Sam & Emma Maembong Berjaya Buat Peminat Marah & Geram! | Singgah Set
Cik Bam ke lokasi salah sebuah drama yang tengah trending sekarang ini untuk meninjau pembikinan salah satu babak yang telah meruntun jiwa para penonton Takdir Itu Milik Aku. Lakonan Sam dan Emma memang betul-betul padu sampaikan penulis karya terbaik, Siti Rosmizah pun menitiskan air mata. Nak tahu lebih lanjut, jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #TakdirItuMilikAku
Karya Terbaik Siti Rosmizah Semail
Setiap Isnin - Khamis, 10 Malam di Astro Ria dan Strim Astro GO
#AstroBaharu #TIMA #TakdirItuMilikAku
#AstroBaharu #TakMacamDulu
#BambamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita