Pelakon, Hairul Azreen berkongsi momen pengalaman pertama anaknya, Yusuf Iskandar menaiki permainan Roller Coaster.

Menariknya, Yusuf yang menaiki permainan itu bersama ibunya, aktres Hanis Zalikha kelihatan begitu berani.

Lebih comel lagi apabila Yusuf yang gembira dan teruja turut menjerit sebaik sahaja mendengar jeritan Hanis.

Bagaimanapun, dipertengahan jalan wajah Yusuf yang ceria mula berubah sedikit ‘cuak’ namun dia tetap tidak menangis.

“@theyusufiskandar first time naik roller coaster, that’s my boy,” tulisnya di Instagram semalam.

@theyusufiskandar first time naik roller coaster , that’s my boy ?

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya memuji Yusuf dan kagum dengan keberanian anak kecil itu.







Foto: Instagram @hairulazreen