Penyanyi Nourul Depp berpendapat ungkapan sayang terutama di antara suami isteri perlu diucap setiap hari tanpa mengira masa.

Nourul memberitahu sebagai contoh dia dan suami, Eric Daniel Depp menunjukkan rasa sayang walaupun dalam apa jua keadaan sekalipun.

“Bila hang tak mandi lagi, gosok gigi pun tak... and husband mai peluk & dia kata “i love you” hang terdiam sat sebab hang lupa…

“Tapi itu bukan satu perkara yang janggal. Kerana “i love you” bukan satu yang ganjil bagi kami berdua suami isteri. Kerana setiap hari kami ucapkan perkataan itu antara kami berdua, anak anak dan dengan keluarga. .

“Selalulah berkata “saya sayang awak” terutamanya suami kepada isteri. .

“Ada antara kita malu nak meluahkan. Jangan malu dan jangan diletakkan benteng keegoan dengan pasangan kita. Kerana kita pilih pasangan kita dengan bersebab. Bukannya saja saja nak pilih dia. .

“Ucapkanlah kerana ianya adalah satu kebahagiaan buat suami serta isteri. .

“Kami pun nak kata kat hangpa semua : “kami sayang juga kat hangpa semua” terima kasih kerana selalu menunjukkan kasih sayang pada kami. Love you,” tulisnya.

Nourul berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Rata-rata bersetuju dengan pendapat Nourul dan telah mendoakan kebahagian serta keharmonian rumah tangga pasangan itu.

Rumah tangga Nourul bersama lelaki Perancis terbabit diserikan dengan kehadiran dua cahaya mata, Zachary Depp, 5, dan Raphael Depp, 3.

Manakala bersama bekas suami terdahulu, Ajai, mereka mempunyai anak perempuan yang sudah mencecah usia 20 tahun, Ayu.

Bila hang tak mandi lgi, gosok gigi pun dak... and husband mai peluk & dia kata “i love you” hang terdiam sat sebab hang lupa ??? . Tapi itu bukan satu perkara yang janggal. Kerana “i love you” bukn satu yang ganjil bagi kami berdua suami isteri. Kerana setiap hari kami ucapkan perkataan itu antara kami berdua, anak anak dan dengan keluarga. . Selalulah berkata “saya sayang awak” terutamanya suami kepada isteri. . Ada antara kita malu nak meluahkan. Jangan malu dan jangan diletakkan benteng keegoan dengan pasangan kita. Kerana kita pilih pasangan kita dengan bersebab. Bukannya saja saja nak pilih dia. . Ucapkanlah kerana ianya adalah satu kebahagiaan buat suami serta isteri. . Kami pun nak kata kat hangpa semua : “kami sayang juga kat hangpa semua” terima kasih kerana selalu menunjukkan kasih sayang pada kami. Love you ❤️

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on