Peminat pelakon Remy Ishak meluahkan rasa risau apabila melihat perubahan yang berlaku kepada juri tetap Maharaja Lawak Mega 2018.

Menerusi entri di Instagram (IG), Remy berkongsi gambar terkininya ketika ketika sedang melakukan senaman di gym.

"Nak tone macam Brad Pitt dalam Fight Club, tapi nampak gaya dah macam Batman la pula," tulisnya.

nak tone macam Brad Pitt dlm Fight Club, tapi nampak gaya.. dah mcm Batman la pulok ? @_khairulnizam_

A post shared by Remy Ishak (@remyishak) on


Menerusi ruangan komen rata-rata memuji perubahan imej yang ditunjukkan oleh Remy dan mereka berharap agar dapat menyaksikan perubahan pada saiz badannya nanti.





Sementara itu, Remy juga tercalon dalam empat kategori Anugerah MeteTOP ERA 2019(AME19) iaitu Filem Meletop, Bintang Filem Meletop, Drama Meletop dan Pelakon Meletop.

Undian fasa pertama mula dibuka mulai 12 Februari 2019 hingga 8 Mac 2019, jam 6 petang untuk anda menentukan lima calon terbaik daripada 20 pencalonan awal.

Undian boleh dibuat secara online di dua buah platform iaitu di laman web rasmi AME 2019 iaitu www.anugerahmeletopera.com.my dan portal rasmi ERA.

AME 2019 akan disiarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada hari Ahad, 21 April 2019.

Sebanyak 16 kategori dipertandingkan untuk AME kali ini antaranya Lagu Meletop, Penyanyi Meletop, Group/Duo Meletop, Hos Meletop, Drama Meletop, Pelakon Meletop, Program Meletop, Program Radio Meletop, Penyampai Radio Meletop, Artis Baharu Meletop, Artis Lawak Meletop, Couple Meletop, Fesyen Meletop, Si Cilik Meletop, Filem Meletop dan Bintang Filem Meletop.