Penyanyi dan pengacara Nana Mahazan mengakui terkejut apabila menerima jemputan untuk menghadiri sidang media secara langsung dalam program MeleTOP semalam.
Menerusi entri di Instagram (IG), Nana menjelaskan dia berasa ralat apabila namanya tidak tersenarai dalam kategori Hos Top 20 MeleTOP, Anugerah MeteTOP ERA 2019(AME19).
"Semalam kelakar sebenarnya masa MeleTOP jemput kata kakak tercalon untuk Top20 AME19 tapi tak bagi tahu untuk kategori apa. So kakak assume untuk kategori hos lah kot ye.
"Tapi semalam tengok senarai nama hos tiada ye. Kakak pun mcm, ‘eh takkan kategori penyanyi pulak. ok berangan. hahaha. Sekali kategori Fesyen Meletop sebaris Neelofa, Scha, Awal, Fazura, Hael dan lain lain, so memanglah kakak tertinggal 10 tiang. But hey, Top20 pun ok kan?.
"Kalau kategori hos meletop pun memang tahu jua akan lagi tertinggal bertiang-tiang, sebab Top20 dia memang semua power but ingat sebab tu keje kakak kan. Kakak cuba lagi next year. hehehe.
"Apa pun thanks Meletop atas acknowledgment dan tersenarai Top20 untuk kategori Fesyen Meletop.
"Alhamdulillah, kakak bersyukur. This is my first AME pun. so yeay! Congrats to the rest yang nominated untuk kategori masing-masing," tulisnya.
Jangan lupa undi Nana yang tercalon dalam kategori Fesyen Meletop.
Undian fasa pertama mula dibuka mulai 12 Februari 2019 hingga 8 Mac 2019, jam 6 petang untuk anda menentukan lima calon terbaik daripada 20 pencalonan awal.
Undian boleh dibuat secara online di dua buah platform iaitu di laman web rasmi AME 2019 iaitu www.anugerahmeletopera.com.my dan portal rasmi ERA.
AME 2019 akan disiarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada hari Ahad, 21 April 2019.
Sebanyak 16 kategori dipertandingkan untuk AME kali ini antaranya Lagu Meletop, Penyanyi Meletop, Group/Duo Meletop, Hos Meletop, Drama Meletop, Pelakon Meletop, Program Meletop, Program Radio Meletop, Penyampai Radio Meletop, Artis Baharu Meletop, Artis Lawak Meletop, Couple Meletop, Fesyen Meletop, Si Cilik Meletop, Filem Meletop dan Bintang Filem Meletop.
Rozaimi Zubaidi
Wed Feb 13 2019
Caprice Didakwa Terlibat Dalam Rancangan Buat Fake Account Sebar Aib Bella Astillah - “Ya Allah, Nak Tutup Macam Mana Lagi Cap?”
Pelakon Bella Astillah memberi respons terhadap Instagram Story yang diulang siar semula susulan perkongsian tangkap layar yang dikongsi oleh Sarah Yasmine semalam.
“Jangan Risau Dia Sayang Awak, Sebab Tu Lah Dia Tinggalkan Kami Anak Beranak - Bella Astillah
Pelakon Bella Astillah tampil memberikan respons mengenai perbualan tular antara suaminya Aliff Aziz dah NRF yang dipercayai adalah Ruhainies.
Berang Dituduh Hasut Jenama Lain, Bella Astillah ‘Sound’ Ruhainies - “Macam Mana Boleh Terfikir Idea Fitnah Sampai Tahap Ini!”
Bella kongsi semula IGs Sarah Yasmine.
Nama Dipetik Dalam Perbualan Whatsapp Viral, Jenama Suplemen Beri Respons
Jenama suplemen terkemuka, Kitsui memberi respons susulan nama dipetik menerusi perbualan Whatsapp yang didakwa berlaku antara bekas dutanya dengan seorang pelakon lelaki.
Sarah Yasmine Dakwa Ruhainies Hasut Aliff Robohkan Rumah Tangga? - “Lepas Ni Awak Free, Tak Ada Lagi Toxic”
Wanita dikenali sebagai Sarah Yasmine atau lebih hangat dikaitkan sebagai ‘kekasih gelap’ penyanyi dan pelakon Aliff Aziz mendakwa aktres sensasi, Ruhainies sebagai dalang penghasut disebalik konflik rumah tangga Aliff dan Bella Astillah.
Pengalaman Baru Menonton Filem Dengan Gaya Hip & Trendy Menerusi ‘Silent Cinema’ Di Malaysia!
Penerbit filem Astro Shaw menjalinkan kerjasama bersama RexKL untuk memberi pengalaman baru menonton filem-filem terbaik terbitan Astro Shaw secara ‘Silent Cinema’.
Caprice Nasihat Aliff Aziz Serahkan Bukti 400 Foto, Video Kecurangan Bella Astillah Kepada Polis - "Ada Mangsa Lain Yang DM..."
Caprice dedah Aliff buat laporan polis berhubung kecurangan isterinya.
Guna Banyak Singkatan Perkataan Pelik, 'Kod' Mesej 'MUSM' Aliff Aziz Kepada Ruhainies Trending Di X
Penggunaan singkatan perkataan 'Miss You (u) So Much' (MUSM) menjadi topik hangat di aplikasi X, semalam. Singkatan itu didakwa digunakan penyanyi, Aliff Aziz sebagai membalas mesej 'LUM' atau 'Love You (u) More' yang dihantar pelakon, Ruhainies. Singkatan-singkatan tersebut adalah antara kandungan mesej yang dipaparkan pada tangkap layar WhatsAp
“Dekat Situ Nampak Dia Push Aliff” - Bella Astillah Kecewa, Terkejut Suami Sendiri Didakwa Rancang Mahu Jatuhkan Dirinya
Penyanyi dan pelakon Bella Astillah mengakui kecewa dan sedikit terkejut apabila melihat tangkap layar perbualan Whatsapp yang didedahkan oleh satu individu baru-baru ini.
Kasihan Ibu Aliff Aziz, Dihentam, Dibenci Netizen... Sarah Yasmine Ambil Tugas Cerita Hal Sebenar!
Banyak Sarah 'spill the tea' fasal Aliff Aziz.