Pelakon Shakilla Khoriri merasakan di saat akhir kehidupannya sebagaI seorang wanita yang sedang hamil kian mencabar.

Menurut Shakilla cabaran ini besar buat dirinya dan suami, Fizi Ali walaupun bagi orang lain hanyalah kecil.

Shakilla atau nama sebenarnya Nurul Shakilla Mohd Khoriri berkata pelbagai perkara yang datang sepanjang tempoh lapan bulan proses kehamilannya.

"Kadang ada dugaan yang datang kita tak terfikir kita mampu untuk tempuh.

"Kadang kita mengeluh kenapa dugaan itu datang pada kita bukan orang lain yang lebih mampu.

"Hujung-hujung untuk kehidupan aku sebagai perempuan begandung ni terasa mencabar sikit.

"Tapi orang mesti ketawa kan aku sebab rasa dugaannya macam sebesar zarah.

"Yeee..Betul. Tapi besar buat aku dengan Fizi yang kecil dekat mata Dia.

"Macam-macam yang datang sepanjang aku pregnant ni.

"Dalam boleh tak boleh aku, dalam sedih tak sedih aku, dah dekat 8 bulan aku tempuh," tulisnya.

Tambah Shakilla, dia menjadi seorang yang kuat adalah disebabkan Fizi, bayi dan keluarganya.

Shakilla juga mengingatkan kepada pasangan yang baru berumah tangga supaya tabah dan kuat dalam menghadapi masalah yang datang.

"Aku kuat sebab Fizi, baby and of course family aku.

"Syukur aku dengan Fizi bukan jenis yang selesaikan masalah dalam keadaan stress.

"Satu, satu Allah permudahkan urusan kitaorang sampai lah proses nak ambil sijil nikah tadi.

"Nak meletup baru ambil ke?Mesti sibuk honeymoon kata pegawai tu.Aku gelak dan dalam hati bestnya kalau aku honeymoon main salji. Hahaha.

"Tapi untuk pasangan yang baru atau lama berkawin tu tabah dan mesti kuat dalam masalah yang datang.

"Jangan sebab dugaan kita bergaduh bermasam muka dengan pasangan.

"Insyallah aturan Allah yang baik2 untuk kita semua. Syukur kerana Allah uji kita dengan seberat mana pun dugaan sebab itu tanda Dia tak lupa kita. Ada ganjaran yang hebat. Ingat!

"Terasa penat kaki berjalan hari ni ke sana sini uruskan banyak hal termasuk hal budak kecil ni.

"Walaupun aku sebenarnya kena rest untuk tak jadi muka Utama lagi dekat Hospital. Lelah tapi lega. Thank you babe @fizialisuria for everything.You're the best," tulisnya lagi.

Shakilla dan Fizi berkahwin pada 18 Februari 2018 dan mereka bakal menimang cahaya mata pertama pada penghujung Februari atau Mac depan.

#?• . Kadang ada dugaan yang datang kita tak terfikir kita mampu untuk tempuh. . Kadang kita mengeluh kenapa dugaan tu datang pada kita bukan orang lain yang lebih mampu. . Hujung2 untuk kehidupan aku sebagai perempuan begandung ni terasa mencabar sikit. Tapi orang mesti ketawa kan aku sebab rasa dugaan nya macam sebesar zarah. Yeee..Betul. Tapi BESAR buat aku dengan Fizi yang kecil dekat mata Dia. . Macam2 yang datang sepanjang aku pregnant ni. Dalam boleh tak boleh aku , dalam sedih tak sedih aku, Dah dekat 8 bulan aku tempuh. *{^}^{*}^]*\%]*^]>~${+~,€€\_!\>>.\$€]€\ . . Aku kuat sebab Fizi, baby and of course family aku. . Syukur aku dengan Fizi bukan jenis yang selesaikan masalah dalam keadaan stress. . Satu, satu Allah permudahkan urusan kitaorang sampai lah proses nak ambil sijil nikah tadi. . Nak meletup baru ambil ke?Mesti sibuk honeymoon kata pegawai tu.Aku gelak dan dalam hati bestnya kalau aku honeymoon main salji.HaHaHa..?? . . Tapi untuk pasangan yang baru atau lama berkawin tu TABAH dan mesti KUAT dalam masalah yang datang. Jangan sebab dugaan kita bergaduh bermasam muka dengan pasangan.?? . Insyallah aturan Allah yang baik2 untuk kita semua. Syukur kerana Allah uji kita dengan seberat mana pun dugaan sebab itu tanda Dia tak lupa kita. Ada ganjaran yang hebat.INGAT ! . . Terasa penat kaki berjalan hari ni ke sana sini uruskan banyak hal termasuk hal budak kecil ni. Walaupun aku sebenarnya kena rest untuk tak jadi muka Utama lagi dekat Hospital.?? . LELAH tapi Lega. . . Thank you babe @fizialisuria for everything.You're the best ✌??

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri) on