Tak kenal, maka tak cinta.

Meskipun Macau bukan menjadi lokasi percutian yang popular, namun jika sudah menjejaki kaki ke sana ia pasti akan menjanjikan pengalaman indah.

Macau bukan sahaja dikenali sebagai pusat hiburan perjudian, malah mempunyai banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi termasuk buat pelancong Muslim.

Malah pengaruh Islam telah wujud di Macau sejak Dinasti Yuan lagi serta menjadikan negara itu sebagai pusat pelancongan ‘Mesra Muslim’.

Selain itu, bandarnya yang bercahaya bagai melakukan pertunjukan pesta lampu setiap malam itu bakal membuat anda terpegun dengan keindahan pemandangan di waktu malam.

Tidak lupa juga bagi pelancong yang sentiasa dahagakan foto yang cantik untuk ‘Instagram worthy’ Macau mempunyai banyak lokasi serta banggunan yang indah dan menarik.

Tanpa buang masa, Gempak kongsikan lokasi menarik serta tempat makan mesra muslim yang wajib dikunjungi di Macau.

1.Wynn Palace Skycab


Jika anda ke Macau, wajib untuk mengunjungi pusat membeli belah ini. Ia bukan sahaja pusat membeli belah yang biasa tetapi untuk masuk ke banggunan ini anda boleh memiih dengan cara menaiki skycab.

Dengan skycab yang disediakan secara percuma ini anda boleh menikmati pemandangan di sekitar banggunan Wyyn Palace yang seakan-akan berada di kota Las Vegas.

Jika anda mengunjunginya pada waktu malam, di bawah skycab ini terdapat persembahan air pancut dengan iringian muzik oleh Wynn Macau Performance Lake.

Pusat membeli belah ini memiliki pelbagai butik jenama mewah.

2.Venetian Gondola Ride

Jika anda ke sana untuk tujuan berbulan madu, The Venetian pasti menjadi lokasi yang ideal. Ia bukan sahaja hotel dan kasino malah merupakan pusat berli belah, restoran dan teater yang terbesar dan eksklusif.

Jejak sahaja kaki di sana anda akan kagum dengan hiasan hotel yang mewah dan direka bagai istana di raja.

Namun tarikan aktiviti disini, adalah pelayaran menaiki gondola seperti berada di Venice, Itali.

Ketika pelayaran menaiki gondola itu ada pendayung yang menyanyi dengan suara yang sangat merdu mendayung sambal menikmati hiasan dalam banggunananya seperti di Itali.

3. Parisian Eiffel Tower

Jika tidak mampu ke Paris, di Macau juga anda masih boleh membayangkan seperti berada di negara eropah itu kerana disini juga terdapat Eiffel Tower.

Menariknya, jika anda berkunjung disini pada waktu malam, satu pertunjukan cahaya yang sangat mempersonakan dipersembahkan.

Jangan lepas peluang untuk menaiki Menara Eiffel Tower ini kerana di atasnya anda akan dapat menikmati pemandangan hampir seluruh kota Macau.

Di Golden Reel Studio pula, anda boleh menaiki roda Ferris berbentuk nombor lapan yang tertinggi di dunia dengan ketinggian 130 meter.


4. Ruin’s of St Paul, St Lawrence Church

Bagi pecinta sejarah, Ruins of St. Paul adalah lokiasi wajib untuk dikunjungi.

Banggunan bersejarah peningalan masa lampau yang cantik itu adalah struktur runtuhan sebuah kompleks abad ke-16. Malah, ia juga disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco.

Di bawah bukit banggunan ini juga terdapat pelbagai kedai cenderamata yang boleh dibeli untuk dibawa pulang sebagai buah tangan.


5. Taipa Village Houses Museum & Gardens


Ini satu lagi tempat bersejarah yang perlu anda kunjungi. Banggunannya sangat cantik sesuai untuk yang dahagakan foto ‘instagram worthy’.

Paling menarik disini adalah taman bunganya yang sangat indah dengan bunga yang segar berwarna-warni.

Disini anda boleh ‘feeling seperti berada di Korea.

6. Menara Macau


Sekali imbas ia kelihatan seperti Menara Kuala Lumpur tapi, anda perlu merasai menaiki Menara Macau untuk menikmati pengalaman yang berbeza.

Disini anda boleh menikmati pemandangan dari banggunan tertinggi itu dengan mengelilingi dek yang terdiri daripada lantai dan dinding berkaca. Jadi jika anda berdiri di atas lantai kaca itu ia bagai terasa terapung di awanan.

Meskipun menggigil lutut berdiri di atas lantai kaca itu, namun semua debaran hilang setelah melihat pemandangan indah seluruh Macau dari menara ni. Kota cahaya yang sangat memukau!

Pun begitu, bagi penggemar sukan ekstrem, anda boleh melakukan Bungy Jump, Sky Jump dan Sky Walk kat sini. Ia merupakan tarikan terbaharu di Menara Macau.

7. Shun Tak Cruise Tour (Taipa Ferry Terminal – Coloane)

Selain kenderaan darat, anda juga boleh merasai menaiki feri dengan Shun Tak Cruise Tour untuk menikmati pemandangan indah Macau.

Sepanjang perjalanan itu, anda dapat melihat keindahan jambatan terpanjang di Macau iaitu Hong Kong- Zhuhai- Macau Bridge, Sai Van Bridge dan Lotus Bridge.

Dengan menaiki feri dari Taipa Ferry Terminat adan boleh ke Coloane di hujung pulau Macau ini.

Suasana perkampungan nelayan di situ sangat menenangkan.

Tempat wajib singgah adalah ke Lord Stow's Bakery. Tat telur Portugis di kedai ini memang sangat popular.



8. Restoran Dong Lai Shun Restaurant


Penat berjalan, perut pun lapar. Anda boleh berkunjung ke restoran yang menyediakan makanan halal di Dong Lai Shun Restaurant.

Disini anda boleh menikmati makanan panas seperti steamboat serta hidangan makanan tempatan yang lazat dan sesuai dengan tekak anda.


9. Restoran Lou Lan Islamic

Restoran ini dijamin halal kerana ia milik orang muslim yang berasal dari Indonesia.

Namun, menunya adalah makanan asli penduduk tempatan di sana iaitu masakan ala Cina.

Jika anda ingin menikmati masakan Cina yang halal disini tempatnya.


10. Restoran Golden Peacock


Restoran ini juga antara restoran halal atau tidak menghidangkan daging babi (pork free) yang sering menjadi tumpuan pelancong Muslim.

Ia terletak di pusat membeli belah The Venetian. Jadi selesai sahaja anda berjalan di sana boleh dating ke sini untuk mengisi perut.

Disini pula, anda boleh menikmati masakan India yang sangat lazat yang semestinya kena dengan tekak orang Malaysia.


*Gempak ingin mengucapkan terima kasih kepada SukaScure Creatives, Macau Government Tourism Office (MGTO) dan PNL Travel Sdn Bhd untuk Program Terokai Pelancongan Halal Macau Bersama Datuk Fazley Yaakob yang berlangsung di Macau pada 26 hingga 29 Januari lalu.