Aktor popular Hollywood, Zac Efron mula mengikuti akaun Instagram penyanyi Selena Gomez minggu lalu.

Perkara itu telah menarik perhatian peminat mereka yang telah mula membuat pelbagai spekulasi mengatakan dua bintang ini mungkin bercinta.

Menurut sumber, peminat mereka mengharapkan perkara itu benar-benar terjadi kerana beranggapan Zac dan Selena kelihatan serasi bersama, mereka juga pernah bergandingan dalam dalam filem lakonan mereka iatu Neighbors 2 : Sorority Rising.

Namun begitu, setakat ini, Selena masih belum mengikuti semula Zac di akaun Instagramya, namun perkara itu tidak menghalang peminat di industri Hollywood membuat spekulasi terhadap mereka berdua.

Terdahulu, Selena pernah bercinta dengan penyanyi popular Justin Bieber namun hubungan mereka tidak kesampaian, umum mengetahui Selena sukar melupakan Justin walau sudah lama berpisah.

Sumber : celebrityinsider.org