TUTUP

Kylie Jenner Bina Taman Tema Untuk Hari Jadi Anak, Bertuahnya!

Hiburan
Kylie Jenner Bina Taman Tema Untuk Hari Jadi Anak, Bertuahnya!
Personaliti dan sosialit popular Hollywood, Kylie Jenner telah membina taman tema khas untuk meraikan ulang tahun kelahiran pertama anak perempuannya, Stormi.

Kylie berkongsi beberapa foto yang diambil sepanjang sambutan hari jadi Stormi di akaun Instagramnya buat tatapan umum.

Menurut Kylie, dia sangat mengimpikan majlis sambutan sebegitu dan telah melukisnya di atas kertas terlebih dahulu.

"I dreamed about this party and then drew it up on paper room by room," tulisnya di ruangan kapsyen.

Terdapat pelbagai permainan dan dekorasi menarik dibina dalam taman tema tertutup itu.

Stormi dilahirkan pada February tahun lalu, sepanjang kehamilannya dahulu, Kylie jarang muncul di media sosial dan acara-acara besar, sebaliknya mengutamakan privasi demi menjaga kandungannya.
 

Artikel Berkaitan