TUTUP

Mawi Dedah Keadaan Terbaru Kereta Hadiah Kemenangan AF3, Peminat Terkejut Kerana....

Hiburan
Mawi Dedah Keadaan Terbaru Kereta Hadiah Kemenangan AF3, Peminat Terkejut Kerana....
Penyanyi Mawi atau Asmawi Ani memenuhi permintaan peminat yang mahu melihat kereta yang telah dimenanginya ketika menjadi juara Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), 14 tahun lalu.

Menerusi akaun Instagram miliknya dia mendedahkan foto terbaharunya bersama kereta jenama Suziki Swift tersebut.

“Ramai yang tanya saya nak tengok kereta yang saya dapat masa Af3 dulu.

“Betul ke saya masih pakai kereta tu sampai sekarang?

Hehe ... Cuba selak sebelah,” tulisnya.



Mawi mendedahkan fotonya bersama kereta itu ketika menjuarai program realiti tersebut dengan sekeping foto terkini bersama kereta yang sama tetapi sudah dicat dengan warna hijau.

Rata-rata peminatnya terkejut kerana Mawi masih menggunakan kereta tersebut selain melihat perubahan warna pada keretanya.
 

Mawi kini bertugas sebagai penyampai radio Zayan milik Astro Radio.

Artikel Berkaitan