Selain memuat naik perkara mengenai perkembangan dunia seni di laman Instagram miliknya, pelakon cantik Fasha Sandha juga sering berkongsi pelbagai perkara viral di laman sosial terbabit.

Terbaru, Fasha berkongsi gambar empat ekor kucing yang sedang tular di laman sosial.

Foto terbabit menunjukkan kucing tersebut menjadi perlambangan kepada status seorang wanita yang melalui empat fasa kehidupan iaitu ketika gadis, setelah menikah, setelah punya anak dan menjadi janda.

Tiba2 ramai orang letak gambar ni dan jadi viral... Ternyata kat sini yang paling comel adalah janda ? Camana ni? Helpppp #repost

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on


"Tiba-tiba ramai orang letak gambar ni dan jadi viral... Ternyata kat sini yang paling comel adalah janda. Macam mana ni? Helpppp #repost," tulis Fasha.

Rata-rata peminat terhibur melihat foto terbabit dan memberikan reaksi lucu.





Dalam perkembangan lain, Fasha sedang sibuk di set penggambaran drama bersiri Patah Sayap Bertongkat Paruh.

Bergandingan dengan Datuk Aaron Aziz, Patah Sayap Bertongkat Paruh merupakan drama bersiri terbitan Zeel Production dan bakal menemui penonton tidak lama lagi di Astro Ria dan Ria HD.

Drama bersiri itu merupakan hasil adaptasi novel berjudul sama karya novelis Hana Ilhami.

Selain Fasha dan Aaron, drama bersiri itu turut dijayakan oleh Zarul Husin, Aman Aziz, Amelina, Cat Farish, Jalil Hamid, Elly Mazlein dan ramai lagi.