Belum pun reda dengan isu membuka hijab, nama pelakon Emma Maembong kembali panas apabila sekeping foto merakamkan seorang wanita miripnya di atas katil melakukan pose seksi tular di media sosial.

Tidak cepat melatah dengan isu itu, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 27, menyifatkan tindakan menularkan foto tersebut adalah perbuatan khianat.

Emma menerusi video pendek di ruangan Insta Story miliknya menegaskan foto tersebut telah disunting di bahagian kepala.

“Hai Assalamualaikum kepada semua orang di luar sana, saya bukan nak cakap apa, tiba-tiba ada viral pula la korang edit gambar saya.

“Benda simple je, kalau salah saya, kalau memang gambar saya, saya mengaku. Tapi kalau dah bukan dan nampak ketara orang edit, tengkuk saya pun berbeza sampai ‘cramp’ macam tu.

“Gigihkan korang edit gambar saya, tapi tak kisahlah pahala semua dapat dekat saya so teruskanlah dengan mengedit benda bukan-bukan.

Video pendek itu juga diserta dengan tanda pagar #stopsebarfitnah dan #stopcyberbullying.

Selepas memberikan penjelasan mengenai foto berkenaan, Emma juga turut memuat naik entri terbaru di akaun Instagramnya.

“Staying positive does not mean that things will turn out okey. Rather, it is Knowing that YOU will be okey no matter how things turn out. #emmamaembong #emanizers @emanizers,” tulisnya.

Staying positive does not mean that things will turn out okey . Rather, it is Knowing that YOU will be okey no matter how things turn out. @ctr313muaythaigym #emmamaembong #emanizers @emanizers

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on

Terdahulu, Emma terpalit kontroversi apabila sekeping foto yang didakwa miripnya dan abang kepada menteri kabinet berdua-duaan dalam sebuah bilik menjadi viral.

Tidak lama selepas isu tersebut, Emma kemudiannya mengesahkan dia kembali free hair selepas lima tahun berhijab.

Foto: Instagram @emmamaembong_official