Pelakon Zarina Zainuddin berkongsi momen dirinya mengendalikan anak autism, Muhammad Razil Azrai atau Azil.

Menerusi laman Instagram miliknya, Zarina memuat naik beberapa siri video Azil yang mengamuk kerana mahu mengikuti kembarnya, Muhammad Raizal Azrai atau Azal ke gimnasium.

?

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

Dia nak ikut azal pegi gym ..dia berlari keluar kereta..saya kejar dia panggil dia masuk keta balik ngamuk nak ikut azal.. Doktor ada bagi dia ubat tapi saya tak sanggup nak bagi dia ubat pagi2 kesian dia kesan ubat tu dia tak bermaya.. Risiko anak autism bila besar tenaga dia kuat ..bila takde aktiviti dia jadi hyperaktif..

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on



"Dia nak ikut Azal pegi gym... Dia berlari keluar kereta... Saya kejar dia panggil dia masuk keta balik ngamuk nak ikut Azal...

"Doktor ada bagi dia ubat tapi saya tak sanggup nak bagi dia ubat pagi-pagi kesian dia kesan ubat tu dia tak bermaya...

"Risiko anak autism bila besar tenaga dia kuat.. Bila tak ada aktiviti dia jadi hyperactive," tulis Zarina.

Pelakon drama bersiri Teduhan Kasih itu juga turut berkongsi videonya yang menangis selepas Azil menghentak bahunya.

Sakit kena tanggung sendiri.. Sakit bahu saya 3 kali kena hentak ..sabar la azil masa ibu ada ni ibu ikutkan jer lah esok oalau ibu dah takde..mudah mudahan azil pandai jaga diri..

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on


"Sakit kena tanggung sendiri... Sakit bahu saya 3 kali kena hentak... Sabar la Azil masa ibu ada ni ibu ikutkan jer lah esok kalau ibu dah tak ada.., Mudah-mudahan Azil pandai jaga diri," tulis Zarina.

Rata-rata pengikut Zarina sedih melihat tangisan Zarina yang tabah menguruskan Azil yang mengamuk.

Mereka juga kagum melihat kesabaran dan kesungguhan Zarina menjalankan tanggungjawabnya sebagai ibu kepada anak kembar autism.

Selain berlakon, Zarina juga terkenal dengan jualan pulut kuning bersama rendang yang mendapat sambutan positif pelanggan.