Isteri kepada penyanyi Aliff Aziz, Bella Astillah telah memuat naik sekeping foto di akaun Instagram (IG) menerusi sebuah entri.

Foto tersebut menunjukkan Aliff bersama anak mereka, Ayden Adrean seakan sedang bercium di sebuah pusat membeli belah.

"So much love for these two @aydenadrean17 @aliffaziz91," tulisnya sebagai kapsyen.

Namun begitu, aksi tersebut menimbulkan rasa kurang senang seorang netizen yang bernama Wahab Pahang.

"Ajar anak cium mulut esok-esok dia cium di khalayak ramai," tulis netizen tersebut.

Bella tidak berdiam diri malah terus menjawab.

"Apoo jauh sangat fikiran awak ni," tulisnya.


Namun begitu, komen terbabit telah dipadamkan oleh Bella beberapa jam yang lalu.

Alif dan Bella telah mendirikan rumah tangga pada September 2016 dan dikurniakan cahaya mata sulung, Ayden Adrean 8 Julai 2017.

So much love for these two ? @aydenadrean17 @aliffaziz91

A post shared by B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah) on