Empat orang pemuda tinggal di flat kos rendah di Kuala Lumpur sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi kehendak diri mereka.

Lumrah hidup di kotaraya, kalau tidak lakukan sesuatu...alamatnya tidak terisilah perut.

Sama seperti empat pemuda ini yang terpaksa menempuh liku kehidupan untuk meneruskan hidup di kota raya yang penuh cabaran ini.

Cerita mengenai empat pemuda ini boleh disaksikan di dalam Hey Orang Kita! sebuah siri drama musikal tentang kehidupan di Kuala Lumpur yang memaparkan semua individu berkongsi ciri-ciri yang serupa - muda, miskin, naif dan menempuhi desakan untuk terus hidup.

Drama terbitan Red Communications adalah karya sentuhan Zara Kahan yang menampilkan empat pelakon muda berbakat iaitu Christian Palencia, Raja Syahiran, Takahara Suiko dan Talitha Tan.

Untuk saksikan semua episod, klik di Hey Orang Kita

#HeyOrangKita #BilaLagiNakLawanBalik