Pelakon dan model tinggi lampai Haneesya Hanee mengadakan sambutan ulangtahun kelahirannya ke-19 dalam suasana penuh meriah pada 10 Februari lalu.

Majlis yang dihadiri teman rapat dan peminat itu berlangsung di Vortex Hotel Suites & Residences KLCC.

Alhamdulillah! Blessed 19 ♥️

A post shared by Haneesya’s Empire (@haneesyahanee) on


Malah, video dan foto-foto sambutan majlis hari jadinya dikongsikan menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam tiga siri video tersebut, Hanee beberapa kali menitiskan air mata ketika menyampaikan ucapan buat individu di sekeliling yang sentiasa ada bersamanya ketika susah dan senang.

Hanee sekali lagi mengalirkan air mata ketika ibunya memberikan ucapan sempena ulangtahun kelahirannya itu.

Menerusi ruangan komen pula, peminat dan rakan artis rata-ratanya menitipkan ucapan dan doa buat pelakon drama bersiri Cik Reen Encik Ngok Ngek itu.

Tidak terlepas juga ada yang sebak menonton rakaman video berkenaan.

[ PART 1 ] Officially 19 & blessed! ? #Haneesyaturns19 Amazing shots by : @cameo.x Makeup & Hair : @flackitsman Outfit : @minaz.my Venue : @vortexklcc

A post shared by Haneesya’s Empire (@haneesyahanee) on

@haneesyahanee happy birthday haneesyahanee 19 tahun

A post shared by zonan.evolution (@zonan.evolution) on


Selain itu, peminat setianya turut meninggalkan pesanan buat Hanee agar lebih berhati-hati, matang dalam setiap tindakan dan sentiasa mengingati Allah.

Hanee atau nama sebenarnya Sharifah Haneesya Sayed Sahlan menjadi buah mulut ramai apabila video skandal kelab malam dan minuman keras tersebar di Internet.

Ekoran kejadian memalukan itu, kejuaraan Dewi Remaja 2018/2019 miliknya ditarik balik.