Pelakon Nora Danish tiba-tiba buat pengakuan nak kahwin dengan Nedim pada tahun ini. Miss K tak hairan pun bila dia nak kahwin, tapi sebelum ini bukan main menafikan lagi.

Walaupun dah ada mata-mata yang nampak Nora dan Nedim panjat butik pengantin pada awal bulan lepas, pelakon ini tetap nafi.

Katanya dia dan Nedim hanya kawan baik (kononnya) selepas mereka isytihar putus cinta tak lama dahulu. Walaupun Miss K dengar mereka sebenarnya tak putus pun tetapi sengaja cakap begitu sebab tak mahu kisah percintaan mereka disensasikan. Lemas katanya bila ‘haters’ duk kata macam-macam.

Apa-apa pun Miss K ucapkan tahniahlah kepada Nora dan Nedim kerana akhirnya ‘sudi’ buka mulut kepada kawan-kawan Miss K tentang cerita kahwin mereka.

Baguslah, mesti peminat-peminat Nora dan pengikut Instagram Nedim dah tak sabar-sabar nak tengok pasangan ini bersanding di atas pelamin.

Eh! ada ke majlis persandingan? Sebab Miss K dengar Nora bagitahu kepada kawan-kawan Miss K semalam yang dia impikan perkahwinan sederhana.

Tapi kalau Nora dan Nedim nakjadikan perkahwinan mereka ‘Wedding Of The Century’ pun apa salahnya...Mereka mampu...Lagipun bakal bapa mertua Nora, Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz pun dah bagi lampu hijau.

Baguslah kalau perkahwinan mendapat restu. Lagipun restu keluarga sangat penting dalam sesebuah perkahwinan dan sokongan daripada keluarga juga akan menjamin keharmonian rumah tangga. Gittciew!

Miss K: Dengar cerita peminat Fasha Sandha tengah kenen-kenenkan pelakon cantik itu dengan SM Faisal Nasimuddin, anak sulung pengasas Naza Motor, Allahyarham Tan Sri Nasimuddin SM Amin. Wow!

*Jika ada sebarang gossip atau cerita yang ingin disampaikan kepada Miss K, e-mel Miss K di [email protected] ya!