Pelakon Mawar Rashid mengakui tidak sabar untuk menantikan kehadiran anaknya yang bakal dilahirkan pada pertengahan Mac depan.

Menurut Mawar, dia dan suaminya, Raf Yaakob sudah mengetahui jantina anaknya itu namun memilih untuk tidak mendedahkan kepada umum.

"Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan baik dan saya dijangka akan bersalin pada bulan depan.

"Mengenai jantina anak kami sudah mengetahui namun biarlah perkara itu hanya diketahui oleh ahli keluarga terdekat sahaja.

"Kami juga tidak mengadakan majlis ‘baby shower’ kerana saya tidak larat dan pergerakkan juga semakin terbatas sekarang ini.

"Namun kami akan mengadakan majlis akikah kelak dan mengumumkan jantina anak pada hari kelahirannya nanti," katanya kepada Gempak.

Mawar berkata demikian ketika ditemui pada majlis Aqiqah Kesyuran anaknya, Karl Mateen di The Roof Garden Hotel, Shah Alam, baru-baru ini/

Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob bernikah dengan Mawar atau nama sebenarnya, Wan Mawar Shaputri pada 9 November 2017.