TUTUP

"Bila Bini Tak Dengar Cakap, Kita Bagi Je, Baru Dia Tahu Langit Tinggi Atau Rendah" - Fazren Rafi

Hiburan

Hidup paling seronok bila meluangkan masa bersama pasangan yang dicintai sebagaimana pengalaman dilalui pelakon Fazren Rafi bersama isterinya.

Pelakon drama popular itu berkongsi beberapa gambar percutiannya dengan insan tersayang itu di media sosial untuk tatapan peminatnya.

Pasangan itu menghabiskan masa bersama ketika pergi bercuti ke New Zealand baru-baru ini.

Memang cukup romantis aksi Fazren memeluk erat isterinya dalam suasana cuaca sejuk di sana.  

Lebih menarik, satu foto lain menunjukan aksi Fazren melakukan tendangan terbang ke arah isterinya yang terpelanting di awangan.

"Bila bini x dengar cakap, kita bg je.. baru dia tahu langit tinggi or rendah.. kita lelaki ketua keluarga," katanya berseloroh yang menghiburkan netizen di media sosial.
 
Netizen dikenali sebagai @nzahanim turut memuji gambar-gambar yang dimuat naik Fazren di Instagramnya, @fazrenrafi begitu cantik seperti diambil jurufoto. 

"Moga berbahagia sampai akhir hayat..sweet couple," kata netizen @ctzaitunctzaitun.

Ada juga netizen @juesyah25 memuji pemandangan yang dirakam pasangan itu cukup indah apatah lagi berada lokasi yang cantik bersama pasangan yang sempurna.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @fazrenrafi
 

Artikel Berkaitan