Selebriti popular, Erra Fazira menyambut hari jadinya yang ke-45 Sabtu lalu.

Erra telah menerima banyak ucapan dari peminatnya, tidak ketinggalan anak perempuan kepada aktres Rozita Che Wan iatu Aaisyah Dhia Rana yang membuat ucapan menerusi sebuah video di akaun Instagramnya (IG).

"Assalamualaikum Erra Fazira, happy birthday to you!" kata Aaisyah dalam video terbabit.

Erra telah berkongsi semula (repost) video itu di entri IGnya dan mengucapkan terima kasih kepada kanak-kanak comel itu.

"Waalaikumussalam sayang, Aisyah Dhia Rana.

"Masya-Allah kecomelan apakah ini, terima kasih sayang, you really make my day," tulis Erra sebagai kapsyen.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Erra mengucapkan selamat hari jadi kepadanya dan memuji kecomelan Aaisyah.

. Waalaikumussalm sayanggggg @aaisyahdhiarana111 ... . . MasyaAllahhhh kecomelan apakah ini.. Terima kasih sayanggggg.. u really make my day.. MUAHHHH back!!?? ???❤️

A post shared by Erra Fazira (@errafazira) on


Erra mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 1992 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.