Aktres dan usahawan jelita, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta menyindir seorang pereka fesyen yang kini mula berjinak dalam bidang nyanyian.

Perkara itu ditulis menerusi ruangan Instagram (IG) Story miliknya.

Menurut Che Ta, pereka fesyen tersebut pernah menyelar tindakan artis yang menjadi pereka fesyen kerana menganggap ia mengganggu pasaran mereka, namun kini individu itu pula yang mencuba nasib dalam bidang nyanyian.

"Dulu saya ingat designer ni pernah cakap, artis pun nak jadi pereka fesyen, kononnya 'caras' market mereka.

"Tiba-tiba minggu lepas saya dengar dia nak jadi penyanyi pula.

"Tak payah menyanyi lah kot, macam tercekik sudu saja, menyanyi ke bercakap tu, buat baju pun ala ala kata orang," tulisnya.



Dalam pada itu, Che Ta mengatakan dia tidak mempunyai isu dengan mana-mana pihak, perkara itu sengaja ditulis olehnya tanpa sebarang tujuan negatif.