Peminat drama tidak sabar untuk menantikan episod baru drama bersiri Senafas Rindu yang bakal bersiaran malam ini.

Menerusi pemerhatian di laman sosial Twitter, ramai kaki drama tidak sabar untuk menyaksikan episod kelima drama bersiri ini.

Mula ditayangkan pada minggu lalu, drama bersiri ini menampilkan gandingan sulung antara pelakon Syafiq Kyle dan penyanyi Elizabeth Tan.

Senafas Rindu merupakan drama bersiri adaptasi novel judul sama karya novelis terkenal, Damya Hanna.

Diarahkan oleh Amor Rizan, drama bersiri ini bersiaran menerusi slot Megadrama yang ditayangkan di Astro Ria dan Astro Ria HD.

Dia kata Anne biasa biasa aje? Awak tu handsome sangat ke Fariz? SENAFAS RINDU MALAM INI 10 MALAM HANYA DI ASTRO RIA DAN RIAHD Terbitan #penacreativepicturessdnbhd Arahan @amorizan Karya Novel : @damya_hanna Dibintangi @syafiqkylez @elizabethtsm @_kahoe_ @alyimn @josiahdmister @sharulkamal_ @nelissanizam @lala.wansharmila @zarinazainoordin_zarinaaf2 @lizza_abdullah @louisaalissachong @arashmohd30 @azizakazan @fazrenrafi @mimi_ernida @alifhadi #senafasrindu #farizXVivianna #farizhashman #skyloversfanclub

A post shared by BamBamStudios (@bambam_studios) on


Selain Syafiq dan Elizabeth, pelakon lain yang membintangi drama bersiri ini ialah Kahoe Hon, Alya Iman, Josiah Lim, Sharul Kamal, Nelissa Nizam, Wan Sharmila, Liza Abdullam, Janet Khoo, Zarina Zainoordin dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan Senafas Rindu setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Gunakan hashtag #SenafasRindu untuk berkomunikasi mengenai drama bersiri ini di laman sosial!