Abang sulung komposer dan penyanyi Ajai, Feroz Maas meninggal dunia akibat kanser prostat jam 10.27 pagi tadi di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya.

Ajai berkongsi khabar mendukacitakan itu menerusi akaun Instagramnya tengah hari tadi.

"Assalammualaikum semua Jumaat penuh barakah, saya minta pertolongan.

"Kita sedekahkan al-Fatihah pada arwah Feroz Maas, abang sulung saya yang telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

"Allah lebih menyayanginya. Semoga Allah mencucuri rahmat dan mengampun segala dosa-dosanya," tulis Ajai.

Assalammualaikum Semua Jumaat penuh barakah, saya minta pertolongan.. kita sedekahkan al- fatihah pd arwah en Feroz bin Maas, abang sulung saya yg telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Allah lebih menyayanginya.Jenazah masih di unit ICU hospital putrajaya. Semoga Allah mencucuri rahmat dan mengampun segala dosa-dosanya. Dilapangkan kuburnya dan ditempatkannya bersama org2 yg soleh-solehah. Al- fatihah Terima kasih.

A post shared by MOHD FAIZAL MAAS?? (@byajai) on


Memetik laporan Harian Metro, Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas memberitahu, arwah abangnya telah dimasukkan ke hospital sejak sebulan lalu selepas mengadu sakit di bahagian perut.

Katanya, arwah juga ada penyakit diabetes dan darah tinggi, tetapi masih boleh dikawal.

“Namun, awal tahun baru-baru ini dia mengadu sakit di bahagian perut. Jadi, dia ambil keputusan untuk pergi hospital dan buat pemeriksaan.

"Selepas melalui proses imbasan tomografi berkomputer (CT scan) baru doktor mengesahkan ada kanser ini. Bahagian dalam perut ada kesan bengkak dan bernanah.

"Jadi, doktor ambil keputusan untuk komakan arwah hingga disahkan meninggal dunia pagi tadi. Allah lebih sayangkannya," katanya.

Menurutnya, arwah baru saja menyambut ulang tahun ke-49 pada 5 Februari lalu.

Arwah meninggalkan seorang isteri dan perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Jenazah disembahyangkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan dikebumikan di Putrajaya selepas solat Jumaat.

Sumber: Harian Metro