Penyanyi dan finalis Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33), Sufian Suhaimi meraih sejuta pengikut di Intagramnya (IG) hari ini.

Perkara itu dikongsi Sufian menerusi sebuah entri di IGnya buat tatapan umum.

Di entri tersebut Sufian memuat naik gambar memegang sekuntum ros beserta kapsyen ringkas.

"1 million followers appreciation post," tulisnya.

1M followers appreciation post ? . . ? : @aqoimran

A post shared by Sufian Suhaimi ?? (@sufiansuhaimi_) on


Sufian telah memenangi kategori persembahan terbaik di pentas AJL 33 Ahad lalu menerusi lagu popularnya, Di Matamu.

Selain itu, kategori vokal terbaik dimenangi oleh Misha Omar dengan lagunya Sampai Bila sekaligus merangkul tempat ketiga.

Sementara tempat kedua dimenangi oleh Ara Johari menerusi lagu Bunga, dan kedudukan juara telah disandang oleh Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini yang mempertaruhkan lagu duet mereka iatu Haram.