Penyanyi rap Altimet berharap agar orang ramai tidak mempertikaikan keputusan yang sudah dilakukan oleh juri professional dalam Anugerah Juara 33 (AJL 33), di Axiata Arena, Bukit Jalil, Ahad lalu.

Menerusi entri di Instagram (IG), Altimet menjelaskan kalah dan menang merupakan adat dalam sesebuah pertandingan.

"Alhamdulillah. Menang kalah, adat pertandingan. Keputusan juri professional, tak perlu dipertikai.

"Tahniah kepada semua pemenang #AJL33. Terima kasih @tv3malaysia sebagai pengelola pertandingan ni. Salute," tulisnya.

Alhamdulillah. Menang kalah, adat pertandingan. Keputusan juri professional, tak perlu dipertikai. Tahniah kepada semua pemenang #AJL33. Terima kasih @tv3malaysia sebagai pengelola pertandingan ni. Salute.

A post shared by Altimet (@altimet) on


Pada malam AJL 33, penyanyi wanita berkumpulan DeFam telah menjadi pilihan Altimet untuk menyanyikan lagu Bunga.

Pada AJL yang berlangsung Ahad lalu, lagu Haram ciptaan sepenuhnya oleh Hael Husaini bersama Ezra Kong dan dinyanyikan oleh Hael bersama Dayang Nurfaizah diangkat sebagai pemenang.

Lagu Bunga nyanyian Ara Johari berjaya mengungguli tempat naib juara manakala lagu Sampai Bila nyanyian Misha Omar berada di tempat ketiga.

Misha turut berjaya meraih trofi Vokal Terbaik manakala Sufian Suhaimi yang menyampaikan lagu Di Matamu berjaya membawa pulang trofi Persembahan Terbaik.

AJL 33 dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad bersiaran pada jam 9 malam di TV3 manakala acara karpet merah yang berlangsung sebelum AJL 33 diacarakan oleh Shuk Sahar dan Kaka Azraff.