Pelakon Hafreez Adam telah memuat naik sekeping foto 'throwback' di akaun Instagram menerusi sebuah entri terbaru.

Foto tersebut menunjukkan Hafreez memakai topi bersama beg silang di badannya ketika usia 16 tahun.

"Assalamualaikum. Abe jumpa gambar lama," tulisnya.

Pelakon Zara Zya yang merupakan kekasihnya turut meninggalkan komen di ruangan entri tersebut.

"Rasa nak demam tengok," tulis Zara.

Hafreez tidak berdiam diri malah terus menjawab.

"Yang nak buat awak demam ni juga bakal imam awak," tulisnya.



Rata-rata pengikut Hafreez berasa terhibur melihat foto tersebut serta kagum melihat perubahan penampilan dirinya.

Hubungan cinta antara Hafreez dan Zara terjalin sejak tahun 2017 ketika mereka bergandingan menerusi drama bersiri Mona Lisa.

Assalamualaikum. Abe jumpa gambar lama ??

A post shared by Hafreez Adam (@hafreezadam) on