Penyanyi Sufian Suhaimi tampil memberi penjelasan mengenai visual yang dilihat pada persembahannya dalam Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33) hujung minggu lalu.

Menerusi entri di Instagram (IG), Sufian menjelaskan bahawa visual yang dilihat bukannya duit sebaliknya adalah gambaran bunga berterbangan.

"Duit berterbangan? Ini video penjelasan dari @the_calla , @aizatrush dan @the.affiliates.

"Grafik pada akhir persembahan sebenarnya adalah gambaran bunga yang berterbangan hingga kosong.

Duit berterbangan? Ini video penjelasan dari @the_calla , @aizatrush dan @the.affiliates . Grafik pada akhir persembahan sebenarnya adalah gambaran bunga yang berterbangan hingga kosong. Mungkin pecahan bunga itu berbentuk petak dan warnanya yang cerah membuatkan ramai yang melihatnya dari sudut berbeza. Apapun, saya lebih daripada berpuas hati dengan apa yang diberikan oleh @the_calla and team. Semoga pencerahan ini dapat mendamaikan hati-hati yang resah. ?

A post shared by Sufian Suhaimi ?? (@sufiansuhaimi_) on


"Mungkin pecahan bunga itu berbentuk petak dan warnanya yang cerah membuatkan ramai yang melihatnya dari sudut berbeza.

"Apapun, saya lebih daripada berpuas hati dengan apa yang diberikan oleh @the_calla and team.

"Semoga pencerahan ini dapat mendamaikan hati-hati yang resah," tulisnya.

Sebelum ini, visual yang dipancarkan di bahagian belakang pentas itu muncul di penghujung persembahan menimbulkan perbalahan netizen tentang mesej yang ingin disampaikan.

AJL33 menyaksikan lagu Haram milik Hael dan Dayang dijulang sebagai juara disusuli Bunga (Ara Johari) di tempat kedua dan Sampai Bila (Misha Omar) kedudukan ketiga.

Lagu Di Matamu (Sufian Suhaimi) pula dinobatkan sebagai persembahan terbaik AJL33.