Pelakon Anzalna Nasir meluahkan rasa kesal apabila ada pihak yang mahu mengambil kesempatan terhadap dirinya sebagai seorang selebriti.

Menerusi entri di Instagram (IG), Anzalna berkongsi reaksi wajahnya ketika diberi tawaran untuk membuat review terhadap produk yang dijual oleh mereka.

"Reaction bila orang suruh review product hamil yang kita tak guna.

"Duit mau, menipu tidak mau! Hahahaha Thanks for the offer," tulisnya.

Reaction bila orang suruh review product hamil yang kita tak guna. Duit mau, menipu tidak mau! Hahhahahahahhaha Thanks for the offer! ? #BuatApaTipuBoskurrrrrrrrr

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on


Menerusi ruangan komen rata-rata terhibur dengan jawapan yang diberikan oleh Anzalna dan berharap agar golongan selebriti tidak mengambil jalan mudah untuk mencari pendapatan tambahan tanpa mengetahui kebaikan sesebuah produk itu.

Anzalna yang kini hamil empat bulan itu mendirikan rumah tangga bersama Hanif Zafi pada 21 Februari 2016.