Anggota kumpulan Elite, Sasha Saidin mendedahkan perancangan kumpulan Elite terpaksa ditangguhkan atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan.

"Selepas Gegar Vaganza tamat pada akhir tahun lalu, kami semua bercuti terlebih dahulu. Saya sendiri menggunakan masa itu untuk pulang ke kampung.

"Sepatutnya, di awal tahun 2019, kami harus berkumpul untuk berbincang perihal kerjaya Elite, tetapi ia ditangguhkan sebentar kerana ibu Linda yang meninggal dunia.

"Kami memberikan masa untuk menyelesaikan perkara yang lebih penting dahulu sebelum duduk berbincang.

"Kami ada mendapat beberapa tawaran tetapi semuanya masih belum dipertimbangkan," kata Sasha ketika ditemu bual oleh HLive.

Tambah Sasha, Watie Sadali berkemungkinan akan turut serta mengadakan projek baru bersama anggota Elite yang lain.

"Di Gegar Vaganza, Watie tidak dapat turut serta bersama saya, Azza dan Linda kerana komitmen yang panjang. Tetapi, mungkin untuk projek seterusnya, mana tahu dia akan ada bersama kami kerana jika kami ada persembahan di luar, Watie memang turut serta," katanya lagi.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).