Pelakon Bella Dally berkongsi sekeping foto dan bertanya sama ada netizen menyedari apa-apa perubahan pada dirinya.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagranya (IG) buat tatapan umum.

"What do you notice that one thing about me?" tulisnya sebagai kapsyen.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji kejelitaan Bella dan mengatakan dia kelihatan semakin berseri.

"Looks younger.

"Seri pengantin.

"You glow differently," tulis netizen.


What do you notice that one thing about me? ?

A post shared by Bella Dally (@belladally) on


Baru-baru ini, Bella telah melangsungkan pertunangan bersama seorang jejaka yang masih belum didedahkan identitinya.

Terdahulu, Bella berkahwin dengan aktor Nazim Othman pada 10 September 2016, namun mahligai yang dibina selama dua tahun itu berakhir tahun lalu.