Pelakon Nabila Huda mengakui perlu mengambil masa yang lama untuk menghafal tarian dalam teater Ola Bola The Musical.

Menerusi entri di Instagram (IG), Nabila berkongsi sepotong video ketika sedang melakukan tarian bersama rakan-rakannya.

"Ten ten ten girls! Tak mudah bagi saya yang ada masalah pelupa dan tak pandai sangat menari ni.

"2 days baru hafal the choreography! Nasib la ada @fizathomas and @ynarosenoah tolong ajar penuh kesabaran.

"Maklum laaa 1st time jadi assemble involve with dancing and all.

Ten ten ten girls! Tak mudah bagi Saya Yang ada masalah pelupa dan tak pandai sangat menari ni..??‍♀️ 2 days Baru hafal the choreography! Nasib la ada @fizathomas and @ynarosenoah Tolong ajar penuh kesabaran.Maklum laaa 1st time jadi assemble involve with dancing and all..Takpe, practice makes perfect! What a lovely experience! I had so much fun..❤️ #olabolamusical #teamnike

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on


"Tak apa, practice makes perfect! What a lovely experience! I had so much fun," tulisnya.

Menerusi ruangan komen rata-rata memberi kata-kata semangat kepada Nabila dan percaya dia dapat melakukan yang terbaik dalam Ola Bola The Musical.

Ola Bola The Musical dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 12 Februari ini sehingga 8 Mac 2019.

Orang ramai boleh mula mendapatkan tiket Ola Bola The Musical bermula 15 Januari (hari ini) di Buyticket.Asia.